Saturday, April 3, 2010

Moto SJK(C) Yeok Chee ialah bersopan santun, murni, sikap adil dan sikap merendah diri.

Bersopan Santun
Tujuan sekolah ditubuhkan bukan hanya mendidik pelajar supaya berpengetahuan  malah ingin mendidik murid menjadi seorang yang bersopan santun, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, taat setia kepada Negara, berterima kasih kepada kerajaan dan menghormati orang-orang yang leboh tua.

Murni
Sikap murni diutamakan di sekolah ini kerana ia dapat menjamin kebahagian individu dan keamanan masyarakat.

Sikap Adil
Sikap adil merupakan sikap yang sangat penting kerana seseorang yang tidak dapat membezakan “BAIK” 
dan “BURUK” tidak dapat berjasa kepada Negara walaupun berilmu tinggi.

Sikap Merendah Diri
Sekolah ini juga bertujuan memupuk semangat ingin bertanya dan berbincang di antara pelajar. Ini dapat meningkatkan taraf pembelajaran.Sekolah juga ingin menjaga tingkahlaku murid supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang keji.